Pages

Mee Ketam Paling Simple

2:16 AM

Mood rajin nak load recepi harini..Kerja tak banyak sangat so boleh la kita curi tulang upload recepi untuk perkongsian sesama kita..

Alam masak main campak-campak je..Tapi Alhamdulillah le menjadi..

Untuk hidangan 4 orang makan tau..kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak pepandai la tambah bahan bagi sedap dengan tekak..kalau tak jadi kurang bahan.


Bahan-Bahan:

  • 1/2 senduk minyak masak
  • 5 ekor Ketam (udang ikut la nak letak berapa pun)
  • 1 bungkus mee kuning, celur dengan air panas.(nak bg hilang bau kapur)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 8-10 tangkai cili kering, buang biji dan rebus kemudian kisar halus
Bahan untuk di mesin
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inchi halia ( halia ni bagus untuk kesihatan ..buang angin dalam badan)
  • 1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembut (ini kalau tak bubuh ni kurang rasa kuah nya)
Bahan untuk rebus dan lenyek halus: 
  • 2 ketul ubi keledek
  • 3 ketul ubi kentang
Bahan untuk hiasan atau taburan:
  • bawang goreng (ini Alam beli je , ada dijual)
  • 2  biji telur (dibelah 2)

Cara Masak :

  1. Bersihkan Ketam potong dua setiap seekor.(Jangan lupa buang hujung tajam-tajam kepit dan badan ketam tu tau!! )
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau wangi .
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan keledek dan kentang yang telah lenyek tadi dan diikuti air secukupnya. Air tu agak2 tau.., jangan kuah terlalu cair dan pekat.
  5. Masukkan sos cili dan  sos tomato. Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan ketam , dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Hidang ketam di atas mee dan sendukkan kuah dan taburkan dengan bahan hiasan.



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Babab Story