Pages

Macaroni Cheese Paling Simple

11:16 PM

Bila musim hujan mesti rasa malas nak masak .Tapi memandang perut En Suami pun nak kena jaga jugak .So ni la hasilnya .

Tema : Masak Mood ke Laut..



Bahannya untuk 2 orang makan

  • Macaroni 3 cekak direbus 15minit ( rebus bagi mendidih , agak2 lembut kunyah tak rasa tepung tu dah masak dah le..)
  • 5 Sosej - Hiris setengah inchi serong2 .
  • Butter ( ganti dengan minyak masak pun boleh )
  • Susu Cair 1 tin.
  • Cheese - suka hati la nak pakai cheese ape...Alam guna Cheesedale campur Mozarela.
  • Serbuk Daun basil ( ada jual kat Tesco dan Giant serta supermarket lain )

Cara masak..

  • Panas kuali , masukkan 2 senduk butter untuk menggoreng sosej 
  • Masukkan susu cair ke dalam kuali
  • Masukkan macaroni yang telah direbus tadi tambah garam separuh sudu teh je..
  • Selepas mendidih masukkan Cheese dan Serbuk Daun Basil tadi ( agak2 je..jangan letak banyak sangat )
  • Siap !!

Kalau nak masak untuk ramai orang cuma kene pandai agak tambah macaroni dan susu cair je.
Sosej boleh diganti dengan daging hancur yang telah digoreng sampai garing..



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Babab Story